Siti Nurhaliza Melahirkan Bayi Perempuan

Penyanyi negeri jiran Malaysia Siti Nurhaliza melahirkan bayi pertamanya yang berjenis kelamin perempuan.
Mia Chitra Dinisari | 19 Maret 2018 09:02 WIB
Siti Nurhaliza - Instagram

Bisnis.com, JAKARTA - Penyanyi asal negeri jiran Malaysia Siti Nurhaliza melahirkan bayi pertamanya yang berjenis kelamin perempuan.

Kabar itu disampaikan dalam akun instagram resminya @ctdk yang diunggah beberapa waktu lalu.

Akun tersebut mengunggah foto penyanyi Cindai ini tengah duduk di tempat tidur di rumah sakit, dan sang suami mencium keningnya.

Dalam caption foto tersebut dituliskan keterangan pers resmi terkait kabar tersebut.

Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi.

Beliau melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan.
Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat.

Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat. Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat.

Siti dan suami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan.

Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.

Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya. -Rozi Abdul Razak

Tag : penyanyi
Editor : Mia Chitra Dinisari

Berita Terkait



Berita Terkini Lainnya

Top